Thursday, 10 April 2014

CoQ Health Plus [ CoQ10]

Perlu ke kita makan CoQ Health Plus???


Semakin usia kita meningkat, degupan jantung kita makin berkurang berbanding kita masih kecil. Ini kerana faktor usia , cara hidup dan pemakanan. Ditambah dengan pengambilan makanan berlemak atau berkolestrol akan menyebabkan kelancaran degupan tidak lagi seperti dulu.

CoQ Health Plus mengandungi ekstrak teh hijau dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan dan membantu menurunkan trigliceride sejenis lemak jahat dalam darah. Ia membantu enzim CoQ dalam badan sentiasa cukup untuk keperluan jantung berdegup dan mengepam darah ke seluruh tubuh.

Pengambilan makanan kita hari ini yang tidak seimbang menyebabkan enzim CoQ ini makin berkurang dalam badan .Pengambilan supplement CoQ Health Plus membantu kita atasi masalah kekurangan enzim ini dalam tubuh.

Harga CoQ Health Plus masih murah dibandingkan dengan harga jantung kita. Jom dapatkannya hari ini dan hadiahkan buat yang tersayang termasuklah diri kita sendiri.


COQ 10

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264
Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266

Wednesday, 2 April 2014

PENGALAMAN DAN PUNCA SAKIT BELAKANG

Assalamualaikum semua..Sempena bulan promosi ostematrix ni..saya ingin berkongsi cerita pengalaman sendiri akibat kekurangan kalsium...Seperti yang kita sedia maklum..kalsium adalah satu nutrien yang penting bagi badan kita untuk membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Kalsium SANGAT diperlukan oleh wanita hamil dan menyusu bagi membekalkan sumber kalsium kepada bayi..sekiranya ibu tidak mengambil sumber kalsium dari luar seperti meminum susu...bayi anda akan mengambil sumber kalsium yang tersedia ada dalam badan ibu...lama kelamaan si ibu akan mengalami osteoporosis pada peringkat usia tua nanti..itu bagi ibu yang menyus dan hamil..bagi wanita yang tidak hamil dan menyusu pula..kalsium dalam badan akan berkurang ketika kita kedatangan haid terutama bagi wanita yang megalami masalah segugut yang kuat...

Sayangi lah tulang anda!!! hehe..okey..itu faktanya..ni saya cerita pengalaman saya sendiri yang kekurangan kalsium...

Kiasahnya bermula selepas saya melahirkan anak sulung saya..saya ni jenis orang yang boleh minum susu..tapi tak rajin nak minum susu...sepanjang saya mengandung anak sulung saya..saya hanya minum susu untuk ibu hamil selama kandungan saya 5 bulan sahaja...selepas itu..saya dah tak minum susu lagi sehingga la saya bersalin dan menyusu dan mengalami sakit belakang sehingga nak tunduk pun sakit..padahal pada ketika itu umur saya baru 26 tahun..masih muda lagi...dah sakit pinggang...hehhe...saya mula rasa sakit pinggang ketika anak saya berumur 1 tahun setengah...cuba bayangkan...selama 1 tahun setengah saya tidak mengambil sumber kalsium dan dalam masa yang sama..saya menyusu anak saya sepenunhya...itu belum campur lagi tempoh ketika saya mengandungkan anak sulung saya!!!Macam mana tak sakit pinggang kan...sumber kalsium tak de yang masuk..hanya keluar je...tapi apa yang boleh saya ceritakan..memang derita jugak la sakitnya..sehinggakan saya tidak boleh tunduk untuk mandikan anak saya..terpaksa saya tegakkan badan saya untuk mandikan anak saya...jika saya tunduk..nak bangun semula tu..meamng sakit la.buakan setakat sakit nk tunduk je..bila bangun dari tidur pun rasa sengal2 badan ni...nk tido pun tak selesa sbb rasa sakit dan lenguh pinggang sehingga terpaksa sendal dengan bantal...dan sejak dari itu...saya mula mengambil Ostematrix sehingga sekarang..Pengalaman membuatkan saya rasa serik untuk tidak mengambil sumber kalsium...

Semestinya ada perbezaan semasa mengambil kalsium ni...sekarang saya sedang menyusu anak kedua saya yang beusia 5 bulan dan sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan saya tidak pernah mengalami kekejangan otot lagi..dan sakit belakang pun tidak ada lagi...Alhamdulillah..

Jadi kepada ibu yang hamil dan menyusu di luar sana..anda WAJIB mengambil sumber kalsium bagi memastikan anda tidak mengalami osteoporosis pada masa akan datang..

Satu lg tips untuk pemilihan kalsium..pastikan pengambilan kalsium bersama magnesium dan vitamin D..bagi membantu peyerapan kalsium oleh badan kita secara optimum..Semetinuya OSTEMATRIX SHAKLEE adalah pilihan yang bijak...

SAYANGI TULANG ANDA!!!
 ostematrix

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264
Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266

30 KEAJAIBAN SELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Semoga amalan selawat ke atas nabi menjadi amalan harian kita...INSYAALLAH...

Tuesday, 1 April 2014

DETOX: ALAFAFA VS HERBLAX

Assalamualaikum..Memandangkan yang sering bertanya kepada saya perlu ke amik herblax dan alfafa ssekiranya mahu menganbil set diet shaklee ni... Jawapan yang ringkas saya berikan..Ya..ia nya perlu...ramai yang keliru antara fungsi kedua supplememnt ni...ramai antara mereka mengatakan fungsinya sama iaitu sebagai detox..Secara umumnya...fungsi alfafa adalah membersihkan darah..manakala herblax untuk membersihkan usus..


Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedari telah masuk dan mengendap di dalam tubuh kita dalam jangka waktu yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Sayur paling penting untuk proses detox :
Celery, Kobis ungu, Brokoli, salad, tomato, lobak

Buah paling penting untuk proses detox :
Epal hijau, nenas, pear, dan lemon/oren.

Makanan yang berwarna yang baik untuk organ dalaman :
Merah : Jantung dan usus kecil
Putih : Paru-paru dan usus besar,
Hijau : Hati, buah hempedu.
Kuning : Pankreas,perut (gastrik)
Hitam : Buah pinggang dan pundi kencing.

Tempoh masa detox?

Diet detox ini boleh dilakukan 2 hingga 3 hari berturut-turut. Bagi yang berminat untuk melakukan diet detox ini yang paling penting adalah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran (dan semestinya 2 bahan ini banyak fitokimia dan vitamin C). Kemudian anda perlu perbanyakkan makanan dari produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Anda juga harus kerap memakan kobis, brokoli dan sayur -sayuran yang banyak unsur sulfur (baik untuk detox hati tau!). Dan semua makanan ini perlu dimakan semasa diet detox.
Seperti yang kita tahu memang sukar sangat nak mengelak makanan yang mengujakan semasa bulan perayaan ni. Kalau tak makan, tuan rumah kecil hati pulak. Tetapi sebaiknya anda kurangkan kuantiti pengambilan gula, karbohidrat dan juga kafein.

Siapa perlukan detox?

Kepada sesiapa yang berlaku penurunan yang sedikit semasa proses penurunan berat badan.


Shaklee menawarkan suplemen khas untuk detoks yang sangat murah iaitu ALFALFA dan Herblax

Alfalfa detoks secara halus iaitu bersifat diuretik manakala herblax julab lembut membuatkan pembuangan najis lebih mudah.

DETOX: ALFAFA VS HERBLAX
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264
Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266

PUNCA BADAN LETIH

Salah satu punca badan letih adalah kerana pemakanan. Lebih khusus adalah kerana diet yang kurang zat besi. Kekurangan zat besi yang melampau dalam badan boleh menyebabkan anemia iaitu keadaan di mana hemoglobin di dalam darah adalah leibh rendah daripada paras normal. Wanita terutamanya memang terdedah kepada gejala anemia kerana wanita mengalami haid, lebih berisiko jika tempoh haid itu lama. Tambah buruk, pengambilan zat besi semasa tempoh haid diambil mudah.

Tekanan, juga penyumbang kepada keadaan merasa letih. kesan sampingan akibat letih adalah kemurungan. Adalah sangat tidak bagus jika ibu mengalami kemurungan. kesannya pasti akan terbawa2 kepada emosi anak-anak. Kemurungan juga boleh membawa kepada masalah tidak selera makan, bimbang dan tiada keinginan terhadap hubungan suami isteri. Pasti ibu2 tidak mahu keadaan ini berlaku kerana ia boleh mengganggu kerukunan rumah tangga, bukan??

Keletihan juga boleh berpunca daripada tidur yang tidak berkualiti. Ramai di kalangan ibu tidak punya tidur yang cukup. Tidur jam 1 pagi, bangun jam 5 pagi. Hanya 4 jam waktu rehat. Tahu tak, tidur yang cukup boleh menjadikan anda SMART, SEXY & SLIM. Tidur yang cukup juga boleh melambatkan penuaan dan melindungi daripada kanser dan penyakit jantung.

Supplement yang sesuai untuk di ambil bagi mengatasi badan yang letih adalah

1.B-complex - Membantu dalam pembebasan tenaga, metabolisme karbo, lemak dan protein
                    - Merupakan supplement anti stress
 2. Vitalea    - Sumber zat besi terbaik dan penting untuk pembentukan darah dan sel
3. Ostematrix -Mengandungi magnesium memainkan peranan penting membebaskan tenaga ke seluruh badan





Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264
Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266



ALFAFA BUKAN SEBAGAI MILK BOOSTER TERBAIK BAGI IBU MENYUSU


Ramai di antara ibu-ibu yang menyusu di luar sana mencari apa makanan yang boleh di jadikan milkbooster bg menghasilkan susu yang cukup untuk bayi masing…Ramai juga yang mencuba minum air rebusan longan kering dan halba…tetatpi air rebusan ni memang la xsesedap air-air yang berperisa lain seperti horlics dan lain-lain…Oleh itu ramai yang mengambil jalan yang mudah iaitu dengan mengambil alfafa Shaklee dan Energizing Soy Protein sebagai milkbooster untuk mendapatkan susu yang banyak.

Mengapa Alfafa dikatakan milk booster?

Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh ibu menyusu bagi menghasilkan susu ibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa hanyalah sedikit sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien.
Komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain. Semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka masa panjang.

Pengambilan kalsium bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.

Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!! 

Di samping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susu ibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susu ibu.

Air sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264 Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266