Tuesday, 1 April 2014

ALFAFA BUKAN SEBAGAI MILK BOOSTER TERBAIK BAGI IBU MENYUSU


Ramai di antara ibu-ibu yang menyusu di luar sana mencari apa makanan yang boleh di jadikan milkbooster bg menghasilkan susu yang cukup untuk bayi masing…Ramai juga yang mencuba minum air rebusan longan kering dan halba…tetatpi air rebusan ni memang la xsesedap air-air yang berperisa lain seperti horlics dan lain-lain…Oleh itu ramai yang mengambil jalan yang mudah iaitu dengan mengambil alfafa Shaklee dan Energizing Soy Protein sebagai milkbooster untuk mendapatkan susu yang banyak.

Mengapa Alfafa dikatakan milk booster?

Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh ibu menyusu bagi menghasilkan susu ibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa hanyalah sedikit sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien.
Komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain. Semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka masa panjang.

Pengambilan kalsium bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.

Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!! 

Di samping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susu ibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susu ibu.

Air sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264 Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266

No comments:

Post a Comment