Thursday, 29 October 2015

CARA MERAWAT RAMBUT GUGUR SECARA TRADISIONAL

CARA MERAWAT RAMBUT GUGUR SECARA TRADISIONAL

Ramai wanita Melayu mengamalkan untuk membasuh kepala dengan santan. Santan tuh kira macam pengganti kepada syampu. Malah mungkin lagi bagus kot.. sebabnya kita akan rasa kulit kepala lebih sejuk selepas membasuh rambut dan kepala dengan santan.


3 RAWATAN RAMBUT GUGUR TRADISIONAL

Petua 1:

Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2:

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: 

Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.



Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui


NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436


No comments:

Post a Comment