Tuesday, 3 November 2015

PUNCA BAYI TESEDAK SUSU

PUNCA BAYI TESEDAK SUSU

Kalau anda perasan, terlalu banyak berita mengenai kematian bayi berpunca daripada tersedak susu. Mungkin ramai ibu bapa tidak 'alert' tentang punca mengapa terjadinya perkara sedemikian. Anda perlu tahu apa punca tersebut :


1. Posisi bayi tidak betul

Insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol. Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas. Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.


2. Injap tidak matang

Masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu. Dan ia berlaku kepada bayi yang berusia berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk . Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.


3. Proses menyusu yang tidak betul

Ada juga ibu atau pengasuh yang membiarkan anak memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak. Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka. Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman.


4. Anak tidak sendawa selepas menyusu

Tolong pastikan anak sendawa selepas menyusu. Ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur. Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah. Kaedah sendawakan bayi perlu betul supaya bayi anda betul2 kenyang selepas menyusu.

Ok itu sahaja tips yang saya nak kongsikan hari ini. Semoga ia bermanfaat buat anda senua di luar sana dan juga buat diri saya.




Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui


NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436


No comments:

Post a Comment