Sunday, 17 April 2016

BOLEHKAH MENYUSUKAN BAYI KETIKA MENGANDUNG?

BOLEHKAH MENYUSUKAN BAYI KETIKA MENGANDUNG?


Bolehkah menyusu bayiketika mengandung? Mari kita boleh ke tidak.


#1 PEKA KEPERLUAN MINERAL SEHARIAN



Saya banyak menerima pertanyaan dari ibu-ibu yang menyusukan anak dan pada masa yang sama baru mendapat tahu mereka mengandung. Bolehkah menyusukan bayi semasa mengandung?


Secara umumnya tiada masalah untuk menyusukan bayi anda ketika anda mengandung. Lebih-lebih lagi bayi/toddler yang masih belum berusia 2 tahun dan masih memerlukan khasiat susu ibu. Tapi anda harus peka keperluan kalsium, protein dan lain-lain mineral dalam seharian. Contohnya keperluan kalsium seorang wanita berumur 19-50tahun adalah 1000mg sehari. Jika anda mengandung atau menyusukan bayi, keperluan in boleh bertambah sehingga 1200mg, apatah lagi jika anda mengandung DAN menyusu badan sekaligus!


Begitu juga keperluan protein, vitamin dan lain-lain mineral yang kini perlu dibahagi 3 – untuk ibu, anak dalam kandungan dan anak yang sedang menyusu badan. Maha Hebat Allah yang telah menciptakan badan kita dengan sangat unik sehingga ia berupaya membahagikan kesemua nutrien ini secara adil untuk memenuhi keperluan masing-masing secukupnya.



Walau bagaimanapun, sekiranya si ibu tidak mengambil nutrient secukupnya, sebagai contoh pengambilan kalsium ibu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan ketiga-tiga pihak, badan akan bertindak mengambil simpanan kalsium lain yang sudah sedia ada dari badan ibu, sebagai contoh ia mengekstrak kalsium dari tulang ibu (proses ini dipanggil calcium reabsorption) supaya kalsium dalam darah ibu, kalsium dalam susu badan dan kalsium untuk membina tulang bayi dalam rahim mencukupi.



Ibarat jika kita berhutang dan duit cash tiada, terpaksalah kita mengeluarkan duit dari dalam bank untuk membayar hutang tersebut. Hasilnya hutang terlunas, tapi duit dalam bank berkurangan. Begitulah anologinya ;)



Dalam jangka masa pendek, melalui proses ini keperluan kalsium akan mencukupi untuk ketiga-tiga pihak, akan tetapi takungan kalsium dalam tulang ibu semakin berkurang dan dalam jangka masa panjang ibu berisiko mendapat osteoporosis jika berterusan kehilangan kalsium. Begitulah juga jika ibu kekurangan zat-zat lain.



Inilah salah satu dari banyak pengorbanan seorang ibu. Jika kita lihat ibu kita tampak lebih tua dari ayah kita, sekarang kita mungkin tahu sebabnya. Jadi untuk ibu-ibu sekalian, terutama yang mengandung dan masih menyusukan anak, pastikan pengambilan mineral anda mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi kesemua pihak. Jika anda ragu-ragu atau tidak dapat konsisten dengan pengambilan gizi seimbang dalam pemakanan seharian, saya syorkan ambillah supplemen untuk membantu. Bukan untuk anda sahaja, tapi demi anak-anak dan suami tercinta.



#2 BEBERAPA PERUBAHAN PENYUSUAN IBU SEMASA MENGANDUNG



1. Nipple/breasts berasa sakit ketika menyusu – nipple atau puting akan menjadi lebih sensitif akibat perubahan hormon semasa mengandung



2. Rasa susu akan berubah – selepas 4-5 bulan kehamilan, badan kita akan mula menghasilkan lebih colostrum sebagai persediaan untuk bayi yang bakal lahir. Jadi anak anda yang masih menyusu mungkin dapat detect kelainan rasa susu badan anda. Ada yang akan berhenti menyusu dengan sendirinya, tapi sesetengah bayi/toddler akan terus menyusu sehingga bayi baru anda lahir.


Jangan risau, colostrum tersebut tidak akan ‘habis’ dan akan terus dihasilkan sehingga bayi baru anda lahir. Akan tetapi, jika anak anda masih exclusively breastfeeding, anda harus monitor tumbesaran dan pertambahan beratnya kerana perubahan pada kandungan susu badan ini akan mengubah komposisi protein, karbohidrat dan lemak dalam susu badan (colostrum mengandungi kandungan protein yang tinggi manakala content lemak & karbohidratnya sangat rendah)



3. Penghasilan susu ibu mungkin akan berkurang kuantitinya (tidak berlaku pada semua) – juga disebabkan perubahan hormon semasa mengandung


Atas faktor-faktor di atas kadangkala penyusuan untuk bayi/toddler mungkin boleh terganggu/terhenti bila anda mengandung, sedangkan penyusuan yang disyorkan dalam Islam adalah sehingga 2 tahun. Oleh itu jika boleh, adalah sangat digalakkan untuk menjarakkan sedikit kehamilan seterusnya agar seseorang anak itu mendapat haknya untuk menyusu badan sehingga 2 tahun ;)



#3 BILA ANDA TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU BADAN JIKA MENGANDUNG?



Ada ibu yang risau sekiranya ia mengandung dan menyusu badan, hormon oxytocin yang dihasilkan akan menyebabkan kontraksi kepada rahim. Namun begitu, secara amnya;


1. Hormon oxytocin yang dirembeskan semasa menyusu adalah relatively rendah berbanding oxytocin yang dirembes untuk memulakan kontraksi semasa proses bersalin


2. Rahim hanya akan bersedia untuk merespon kepada hormon oxytocin ketika kandungan berusia 37minggu ke atas (iaitu setelah kandungan cukup matang). Sebelum 37minggu kehamilan, receptor oxytocin pada rahim sangat sedikit menyebabkan rahim ‘kurang sensitif’ terhadap hormon oxytocin. Jadi, adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding semasa pregnant.


Walau bagaimanapun, ada beberapa keadaan berisiko di mana anda harus lebih berhati-hati untuk menyusukan bayi semasa mengandung, atau anak anda perlu bercerai susu lebih awal:


1. Anda pernah mengalami kelahiran pramatang sebelum ini (premature labour tanpa sebab yang dikenalpasti)

2. Anda pernah keguguran (terutama jika berulang kali, tanpa sebab yang dikenalpasti)

3. Anda pernah mengalami pendarahan semasa mengandung (juga tanpa sebab yang dikenalpasti)

(dalam situasi-situasi di atas, sila dapatkan nasihat pakar ya) :)


Jika berminat untuk mendapatkan set 2in1 (set kehamilan + set penyusuan), jangan malu untuk pm/whatsapp saya untuk konsultasi percuma ;)

BOLEHKAH MENYUSUKAN BAYI KETIKA MENGANDUNG?




Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui

NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436

No comments:

Post a Comment