AL-WAHHAB membawa maksud Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatan ziki Ya Wahhab:
Menjadi terkaya dan terkenal – Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, InsyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.
Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, InsyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
Permintaan dimakbulkan – Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, InsyaAllah permintaanNya akan diperkenankan.
Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
Mencari pekerjaan – Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).
Membayar hutang – Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). InsyaAllah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
Menjauhi kelaparan – Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, InsyaAllah anda tidak akan merasa lapar.
Dimakbulkan doa – baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, InsyaAllah.
Membebaskan diri jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. InsyaAllah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.
Jom sama2 kita amalkan…..Ya Allah Ya Razzaq Ya Wahhab
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com
No comments:
Post a Comment