Bagi bakal-bakal ibu di luar sana pasti tidak sabar menantikan kehadiran orang tersayang. Namun perasaan takut pasti dirasai bersama. Terutamanya perassan proses meneran. Di sini saya kongsikan sedikit tips atau tenik-teknik yang boleh bakal-bakal ibu di luar sana praktiskan semasa mengalami kontraksi sebelum bersalin agar ia dapat mengurangkan rasa sakit bersalin.
TEKNIK 1 : FOKUS PERNAFASAN
Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas, cuma pastikan anda mempunyai ritma yang baik. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus nafas melalui mulut yang lembut. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, relaks yang utama.
TEKNIK 2 : MENUKAR POSISI
Cuba elakkan dari berehat atas katil apabila kontraksi anda semakin kerap dan sakit kecuali anda merasa terlalu letih. Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa.
Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
TEKNIK 3 : URUT
Beritahu suami atau rakan pelahiran anda bahagian mana yang anda mahu diurutkan. Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut dengan perlahan.
Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif. Bila dah mengurut, Insyallah anda akan lebih rasa selesa dan sakit itu akan berkurangan.
TEKNIK 4 : BEREHAT
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi. Letakkan bantal di sekeliling anda. Mainkan muzik kegemaran anda atau tonton TV dan BEREHAT!
Ambillah minuman panas jika anda di rumah (kebanyakan hospital tidak membenarkan wanita makan atau minum semasa pelahiran). Kelak nanti,anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk menghadapi kontraksi yang sakit jika anda tidak keletihan sebab telah bekejar ke sini ke sana masa pelahiran bermula.
TEKNIK 5 : PERASAAN DISAYANGI
Bagi tips yang terakhir untuk memudahkan proses kelahiran ialah dengan perasaan disayangi dari orang sekeliling terutamanya dari pasangan sendiri. Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita mempunyai orang yang istimewa bersamanya semasa pelahiran, yang menenangkannya dan sentiasa di sisinya, wanita itu akan melahirkan dengan lebih cepat dan mudah, dan ini tidak akan berlaku jika dia tidak mendapat sokongan kasih sayang. Jadi pilihlah rakan pelahiran dengan berhati-hati.
Pilihlah seorang yang tidak akan panik; yang percaya akan kebolehan anda; dan orang yang yakin apabila bercakap dengan ahli profesional kesihatan bagi pihak anda. Orang ini mungkin suami anda atau orang yang lain – kakak atau ibu atau rakan baik anda. Atau anda mungkin memilih dua orang rakan pelahiran. Ini bergantung kepada anda.
Baiklah itu sahaja dari teknik-teknik melahirkan yang boleh saya kongsikan dengan bakal-bakal ibu di luar sana. Semoga ia memberi manfaat untuk anda semua.
Selamat beramal..
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com
No comments:
Post a Comment