Saturday, 29 August 2015

TIPS KEKAL CANTIK SEPANJANG MASA

TIPS KEKAL CANTIK

Anda masih nak kekal cantik sepanjang masa lagi walaupun waktu hangat kat luar sana? 


Hari ini tergerak hati nak kongsi bagaimana mahu kekal cantik sepanjang masa walaupun tanpa make-up. Semua orang nak cantikkan? Jom ikuti tips yang saya kongsikan ini.

Bagi tips yang pertama adalah makan-makanan yang berkhasiat
** Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak atau makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak

** Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran

Jadi, sentiasa melihat dan mengkaji dalam piramid makanan apa sebenarnya makanan yang baik perlu kita makan. Di samping kulit menjadi cantik, ia juga baik kepada kesihatan


Bagi tips kedua anda perlu rajin minum air putih dan sentiasa lapangkan masa untuk bersenam.

** Minum air putih lapan gelas sehari

** Bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ?

Jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.


Tips ketiga untuk kelihatan kekal cantik dan sihat adalah dengan sentiasa memantau kesihatan. 

Sebagai permulaan, lakukan aktiviti ringan dengan berjalan kaki pada waktu pagi selama 10-15 minit.

Ini amat memadai untuk menambahkan stamina. Anda boleh lanjutkan tempoh senaman kepada 20-30minit sehari. Anda juga boleh melakukan saringan kesihatan setahun sekali seperti disarankan.

Cara ini sangat berkesan untuk mengekalkan tenaga di samping itu memastikan wajah sentiasa berseri.


Tips keempat untuk kekal cantik dan sihat, kita perlu elak diri dari masalah stres yang melanda. 

Stress memang tidak dapat dielakkan terutamanya di tempat kerja. Untuk mengatasinya, cuba anda pelihara seekor kucing atau ikan. Ini boleh membantu menenangkan anda. Tidak berminat? Cuba lihat benda-benda bewarna hijau. Mungkin boleh menghilangkan masalah dihadapi.


Tips kelima, cuba pergi bercuti dan tenangkan fikiran bersama keluarga

Selain itu, tidur yang cukup sangat penting untuk mendapatkan hari yang berkualiti. Masa 8 jam untuk tidur adalah masa terbaik anda merehatkan diri dan meregangkan otot-otot selepas seharian bekerja.

Jangan lupa amalkan semua tips ni ye.


Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui


NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436

No comments:

Post a Comment