Tuesday, 18 March 2014

NUTRIENT- INFO ASAS YANG PERLU TAHU!!!

Sering ada ibu yang bertanya, “Boleh x nak ambil Alfalfa sahaja? atau ambil OsteMatrix dan ESP sahaja?”
Pertama, analogi ini akan saya berikan: “Antara Meja 4 kaki dengan Meja 1 atau 2 kaki, Mana yang lebih stable?”

Apa yang perlu anda tahu bila anda memutuskan untuk mengambil supplemen/makanan tambahan?
  
Nutrient (nutrisi) bukan sekadar vitamin walaupun ramai dari kita yang menganggap keduanya adalah benda yang sama. Karbohidrat, protein(terbina dari rantaian amino asid), lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRISI – dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, fungsi organ yang sempurna, perkembangan sel dan macam-macam lagi.

Apa pula perbezaan Makro-Nutrisi dengan Mikro-Nutrisi? (MAKRO VS MIKRO)
Mula-mula kita harus tahu bezakan keduanya:

  • Mikro-NUTRISI adalah seperti vitamin dan minerals yang tidak boleh secara sendiri membekalkan tenaga kepada tubuh kita.
  • Makro-NUTRISI pula adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRISI yang mencukupi.
Jadi jelas terjawab persoalan anda diatas… Jumlah kedua-duanya yang kita perlukan adalah berbagai namun kedua-keduanya memainkan peranan yang penting!

Apa lagi yang perlu anda tahu?

Kepentingan Mineral kepada tubuh kita. Sebagaimana Vitamin itu penting untuk tubuh kita, ia tidak boleh melengkapkan fungsinya tanpa mineral. Earl Mindell, penulis buku Vitamin Bible memberi jolokan kepada Mineral sebagai Cinderella di dalam Dunia Nutrisi. Ramai yang tidak sedar tentang kepentingan mineral, tanpanya Vitamin tidak boleh berfungsi dan tidak dapat diasimilasikan(ditukar ke bentuk ringkas) untuk diserap kedalam tubuh. Ya, ada sesetengah vitamin yang boleh disintesis oleh tubuh TETAPI tiada satu mineral pun yang boleh disintesiskan oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya dari sumber luar!



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

FB: Noor Azliza Ibrahim
Page: https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264
Call/Whatsapp : 012-9510436
Email: azliza_ibrahim@yahoo.com
Shaklee ID : 877266

No comments:

Post a Comment