Kenapa susah nak turun berat badan walaupun setiap hari diet? Ini keluhan biasa dalam proses menurunkan berat badan. Walaupun anda seorang yang rajin bersenam tetapi berat badan bukan saja taknak turun, malah terus bertambah pula! Mungkin sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda ‘terlupa’ semasa didalam proses diet atau menurunkan berat badan.
Jadi hari ini, saya nak kongsikan punca MENGAPA sukar untuk turunkan berat badan.
Punca #1 : Pengambilan Air Soda
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.
Punca #2 : Kurang Tidur
Bagi punca kedua kepada mereka yang sukar turunkan berat badan ialah mereka yang kurang tidur. Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan.
Jadi, anda harus balance kan waktu tidur dan waktu makan anda.
Punca #3 : Tidak bersarapan
Bagi tips seterusnya punca sukar turunkan berat badan adalah orang yang tidak bersarapan. Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.
Jadi, anda tidak perlu untuk "skip" sarapan ye kononnya untuk diet !!
Punca #4 : Makan Terlalu Cepat
Makan terlalu cepat juga menjadi salah satu punca sukar untuk turunkan berat badan. Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tak, kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus.
Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang. Ingat tu !!!
Punca #5 : Kurang minum air putih
Punca seterusnya yang mengakibatkan sukar untuk turunkan berat badan adalah kurang minum air putih. Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.
Jadi, yang mana jenis kurang minum air masak tu,bawak-bawaklah minum ye. Di samping air masak tu boleh kurangkan berat badan, air masak juga baik untuk kesihatan semua.
Punca #6 : Malas Bersenam
Tidak bersenam juga antara punca sukar untuk turunkan berat badan/ Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan (diet lah katakan), tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggangmu yang berlemak tanpa senaman. Badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam. Banyak video senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah yang terdapat di YouTube. Semua dihujung jari.
Senang kan!! Apa susah sangat nak kurus ni. Janji rajin..
Punca #7 : Makan Ketika Tertekan/Stres
Bagi punca berikutnya mengapa sukar untuk kita turunkan berat badan adalah makan ketika dalam keadaan tertekan. Ketika stres, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. So ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.
Jadi, bila kita keadaan tertekan cuba elakkan diri dari makan. Cuba lakukan perkara lain untuk kita hindarkan diri dari stres tu.
Okey itu sahaja punca-punca yang saya dapat kongsikan dengan anda semua hari ni..So jom semak diet seharian kita,
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com