Kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang cara mengatasi anak gendut atau lebih dikenali sebagai obesiti.
Obesiti bukan hanya melibatkan orang dewasa tetapi ia juga berlaku di kalangan kanak-kanak. Keadaan ini semakin meruncing apabila banyak kedai-kedai makanan segera yang boleh didapati di Malaysia. Ini akan menyumbang kepada kanak-kanak memilih makanan segera sebagai pilihan untuk dimakan.
Jadi, apa cara bagi mengatasi masalah ini ?
Cara 1 : Sarapan pagi
Sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan anak, mereka akan memastikan anak-anak mendapat sarapan yang sihat setiap hari.
Sarapan amat baik untuk anak-anak sebelum mereka memenuhi hari mereka dengan aktiviti padat di sekolah. Pengambilan sarapan pagi juga akan mencegah anak anda daripada mengambil makanan tengahari secara berlebihan.
Cara 2: Jangan simpan makanan manis di rumah
Kita sering terlihat alahai siannya la anak kecik yang comel tetapi mengidap obesiti. Tidakkah ibu bapa tahu, obesiti kepada anak anda adalah penyakit yang terlalu bahaya. Ia juga boleh mengundang maut jika anda tidak mengawal anak anda dari segi pemakanan.
Pengambilan makanan yang manis ini berisiko membuatkan anak anda mengidap obesiti. Gantikan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan kekacang, kismis dan kurma sebagai kudapan anak-anak di rumah.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com
No comments:
Post a Comment