Wednesday, 16 September 2015

TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN


tips banyakkan susu badan


Bagi ibu yang sedang menyusu di luar sana sudah pasti risau akan hasil susu yang sedikit atau tidak mencukupi untuk bayi anda semua. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membanyakkan susu badan selain daripada pengambilan supplemet.



TIPS 1 : KERAPKAN MENYUSU

Tips pertama ni paling penting untuk memperbanyakkan susu badan. Sentisa kerapkan menyusu jadi susu akan banyak untuk keluar.

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 – 5 jam.



TIPS 2 : MENYUSU LEBIH LAMA

Bagi tips yang kedua pula berikan peluang kepada bayi anda untuk minum lebuh lama. Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk).

Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


Sangat mudah kan cara untuk mengetahui cara susu akan menjadi banyak.


TIPS 3 : PENYUSUAN 2 KALI

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Seperti perumpamaan makin banyak demand maka akan lebih banyak susu yang akan terhasil.


TIPS 4 : PENYUSUAN MALAM

Bagi tips yang keempat amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap.
Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu. Memang bagus time malam sebabnya jugak tiada tekanan yang ada masa tu.


TIPS 5 : URUTAN

Bagi tips seterusnya teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting.

Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.


TIPS 6 : MINUM AIR

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

Memang air adalah sangat penting dan faktor utama kepada pengeluaran susu yang banyak


TIPS 7 : FIKIR BAYI ANDA

Untuk yang terakhir adalah Fikir Bayi, Fikir Susu Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.

Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


Sebenarnya, mindset kita yang penting untuk menghasilkan pengeluaran susu. Fikir positif dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya urusan kita dipermudahkan.


Semoga semua tips yang saya kongsikan hari ni memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana dalam menjayakan proses penyusuan bayi anda.


Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui

NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436




No comments:

Post a Comment