Hari ini saya ingin berkongsi tips atau panduan yang agak penting juga pada ibu hamil. Tips yang saya nak kongsikan dengan anda tentang jenis-jenis makanan yang ibu hamil perlu elak untuk makan.
Ibu hamil ni pantang nampak makanan terus je nak 'ngap'. Perlu diingatkan ye makan-makan juga tapi tengok juga makanan apa yang baik untuk kita dan juga kandungan. Di sini saya akan beritahu makanan pertama apa yang tidak boleh dimakan.
1) Ibu hamil dilarang makan makanan mentah atau separuh masak seperti daging mentah, susu yang tidak dipasteur atau telur separuh masak. Makanan mentah atau separuh masak mengandungi pelbagai jenis bakteria seperti toxoplasma yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada bayi.
Ini termasuklah Salad Dressing seperti mayonis atau sos lain yang mengandungi telur mentah. Bakteria ini juga boleh didapati di dalam sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih.
2) Elakkan minum atau makan makanan yang mengandungi kafein walaupun sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya ibu perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12oz cawan kopi). Tetap harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh dan coklat.
Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.
3) Bagi panduan ketiga, ibu hamil perlu elakkan dari mengambil ubat. Tiada ubat yang benar-benar selamat untuk ibu hamil. Walau bagaimanapun, sekiranya anda jatuh sakit, berkemungkinan doktor akan memberikan ubat yang paling minima dengan dos yang bersesuaian. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang jenis ubatan terutamanya di trimester pertama.
Pengambilan vitamin semulajadi seperti Vitamin Shaklee adalah lebih selamat untuk membantu meningkatkan kesihatan ibu ketika hamil. Insyallah.
4) Wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula berlebihan ketika hamil boleh menyebabkan komplikasi seperti GDM iaitu kencing manis semasa hamil. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayi lebih besar daripada kebiasaan.
Ibu yang mengalami GDM juga akan dipantau oleh Klinik Kesihatan di mana bacaan darah akan diambil sebanyak 4 kali sehari setiap 2 minggu sekali. Ini juga akan memeningkan kepala kerana ibu perlu mengambil ujian darah yang kerap dan perlu berulang alik ke klinik.
5) Pengambilan alkohol oleh ibu hamil boleh mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Ia juga boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung.
Minuman bergas pula mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamiltidak seimbang dan mendapat GDM (Gestational Diabetes Mellitus) serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung.
Jadi, sila elakkan ye penngambilan alhohol dan minuman bergas bagi ibu hamil untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan sihat !
6) Bagi panduan yang ke-6 elakkan daripada merokok dan jauhkan diri anda daripada asap rokok. Merokok semasa mengandung adalah sangat merbahaya dan selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau sudden death yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.
7) Bagi panduan yang ke-7, elakkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A seperti hati dan elakkan pengambilan Vitamin A yang tinggi. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Sekiranya perlu, ambil previtamin A dalam bentuk seperti beta-karotena di mana ia akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan apabila diperlukan sahaja. Kalau boleh bahagian dalaman haiwan tu cuba kurangkan sikit pengambilannya ye
8) Ppanduan yang terakhir apa makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung iatu nenas. Mengikut tradisi, nenas adalah makanan yang dilarang kepada ibu hamil terutamanya di awal kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahim dan boleh menyebabkan keguguran. Mengikut kajian lain pula buah nenas yang dimaksudkan adalah buah nenas muda dan masam.
Walaupun tiada bukti saintifik berkaitan perkara ini, eloklah kita elakkan kerana telah banyak kes keguguran yang berlaku disebabkan oleh buah nenas ini. Selain itu air kelapa muda juga dikatakan bersifat tajam dan hanya boleh diambil selepas kandungan berusia 7 bulan ke atas.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com
No comments:
Post a Comment