Thursday, 19 November 2015

CARA MENGURANGKAN SAKIT SEGUGUT KETIKA HAID

CARA MENGURANGKAN SAKIT SEGUGUT KETIKA HAID


Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan lain-lain masalah sakit puan.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah sengugut ini. Nanti kita ikuti satu persatu.



Tips 1 : Teknik Botol Ajaib ( Botol Panas )


Seperti yang dijanjikan, minggu ini admin akan share dengan anda semua cara mudah bagi mengurangkan rasa sakit sengugut. Teknik ini sangat popular di kalangan wanita. Cukup dengan meletakkan botol berisi air panas atau pad panas / hangat pada bahagian perut untuk mengurangkan rasa kejang dibahagian perut.

Saya juga memang sentiasa menggunakan cara ini kerana dengan cara ini, rasa sakit akan berkurangan dan perut juga akan rasa lega




Tips 2 : Urutan

Dengan teknik urutan juga dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami. Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut / abdomen secara perlahan.



Tips 3 : Sukan/Riadah ringan

Bagi tips yang ketiga bagi mengurangkan rasa sakit sengugut adalah dengan melakukan senaman atau riadah. Jangan percaya dengan mitos bahawa wanita yang sedang haid tidak boleh bersenam. Sukan ringan seperti bersenam, berjalan kaki mahupun berbasikal boleh membantu memperlancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim.

Kesannya, rasa ngilu pun akan berkurang. Jadi usah rasa ragu-ragu untuk bersenam sebelum dan ketika masa datang bulan ya. Tidak merbahaya pun jika tengah sakit pun anda melakukan senaman ringan. Cuma cuba lakukan dahulu ye !




Tips 4 : Ubat Tradisional

Bagi tips yang berikutnya dengan mengambil ubat tradisional. Jika cara yang saya kongsi sebelum ini masih belum membantu mengurangkan rasa sakit perut anda, mungkin anda boleh cuba menggunakan ramuan nenek moyang untuk mengatasi masalah kesakitan haid.

Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan / soka, daun hia / baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.




Tips 5 : Diet Sihat

Hai, bagi tips yang berikutnya untuk mengurangkan sakit sengugut ni dengan cara mengamalkan diet sihat. Ini termasuk banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta air yang banyak. Cuba untuk mengesan bagaimana makanan tertentu mempengaruhi tempoh kesakitan perut anda.

Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan).




Tips 6 : Elakkan pengambilan alkohol dan kopi

Akhirnya kita sudah sampai untuk tips yang terakhir,maka berakhirlah juga tema cara mengurangkan sakit ketika datang haid. Bagi tips seterusnya ialah elakkan pengambilan alkohol dan kopi.

Alkohol dan kafein di dalam kopi akan membuat kekejangan perut anda bertambah teruk. Minum kopi berlebihan mungkin juga menimbulkan gejala resah, gemetar dan insomnia, kafein juga dapat mengakibatkan hilangnya zat kalsium.


Anda juga boleh mengamal supplemnt dari Shaklee untuk menurangkan rasa sakit segugut semasa haid. Antara supplement yang boleh membantu anda mengurangkan sakit segugut ini adalah ALFAFA COMPLEX. Saya sendiri telah mencubanya dan berpuas hati degan kesannya.Bukan setakat masalah segugut yang dapat di atasi malah masalah lain juga dapat dirawati.

CARA MENGURANGKAN SAKIT SEGUGUT KETIKA HAID




Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui


NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436

No comments:

Post a Comment