Cara Mengawal Nafsu Makan. Adakah anda seorang yang susah nak kawal rasa makan?
Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.
Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu dengan lebih berkesan?
TIPS 1 : MINUM AIR PUTIH DENGAN BANYAK
Untuk mengawal makan dengan cara yang betul, tips pertama adalah minum air putih. Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.
Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’
TIPS 2 : BERSENAM
Bagi tips yang kedua untuk mengawal nafsu makan adalah dengan melakukan aktiviti bersenam. Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar akan tetapi bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan.
Bukan sahaja membantu mengurangi nafsu makan malah ia juga membantu untuk menyehatkan tubuh badan.
TIPS 3 : JANGAN LAMBAT BERSARAPAN
Bagi tips seterusnya untuk mengawal nafsu makan adalah jangan lambat untuk bersarapan. Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar.
Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolisme tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.
TIPS 4 : PENGAMBILAN PROTEIN KETIKA SARAPAN
Untuk mengawal nafsu makan, tips yang berikutnya adalah ambil lebih protein ketika sarapan. Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
Protein memberi rasa kenyang. Kita mungkin biasa mendengar mengambil protein sebagai snek (kudapan) dan satu hidangan akan memberi kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama dan panjang. Itu adalah benar. Protein memainkan peranan dalam menstabilkan gula dalam darah, melindungi kandungan daripada jatuh terlalu rendah dan yang paling penting membantu kita merasa kenyang dan berpuas hati sepanjang hari.
TIPS 5 : PENGAMBILAN TEH
Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas.
Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada saraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolisme lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.
Bukan air teh biasa ye tapi amalkan minum air teh hijau. Banyak manfaat teh hijau
TIPS 6 : MAKAN DENGAN TERATUR
Sudah sampai masanya admin nak kongsikan cara mengawal nafsu makan untuk yang terakhir. Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan.
Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com
No comments:
Post a Comment