Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.
Jika mahu berpuasa pun boleh saya ada tips menyusu ketika berpuasa.
1) MIND SET
Apa yang kita fikir?
Apa yang kita cakap?
Apa yang kita rasa?
DAN
Apa yang kita buat?
Adalah hantaran doa kepada Allah
Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.
Tips pada bulan puasa - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.
2) JADUAL MENGEPAM
Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast.
Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):
Sesi 1 - Selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.
Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.
Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.
Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)
*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: "Kurang demand, kuranglah supply ya"!
3) PENGAMBILAN AIR
Bagi tips yang ketiga adalah pengambilan air. Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!
* Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Untuk elakkan dehidrasi, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk cover energy loss tadi).
AIR SUMBER PENTING UNTUK PROSES PENYUSUAN
4) JUADAH BERBUKA
Hati-hati dalam memilih juadah berbuka ya ibu. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim.
Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu.
Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.
5) KURMA
Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.
Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah.
Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan. Subhanallah.
Amalkan makanan sunnah ya
6) BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Mari kita pergi tips yang terakhir.Tips berikut adalah dengan cara bertawakal kepada Allah swt. Setelah kita berusaha, berserah dan bertawakal lah kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak ibu.
Semoga semua tips yang saya kongsikan ini amat berguna buat ibu di luar sana untuk menggantikan puasa yang telah ditanggalkan pada bulan Ramdhan yang lalu.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian barangan Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
NOOR AZLIZA IBRAHIM
Shaklee Independent Distributor [No. 877266]
Sms/WhatsApp : 012-9510436
FB Fan Page : https://www.facebook.com/pages/Stay-Healthy-With-Vitamins/461399560583264?ref_type=bookmark
Email : azliza_ibrahim@yahoo.com
No comments:
Post a Comment